{ Paklah Jr.: Kekasih Hati | Episod II

Tuesday, 11 October 2011

Kekasih Hati | Episod II

Assamualaikum blogger..

Lepas sehari skip post, hari ni baru aku nak story pulak.. tujuan aku skip sebab nak upgrade blog aku yang sedia ada ni. nak bagi attractive sikit.. kalau tak sebelum ni orang pandang pun tak selera. hahaha.. tambahan pulak, sekarang ni aku selsema, hidung asyik berair ja, sakit kepala lagi.. idea nak menulis pun kurang. tapi hampa semua jangan risau sebab aku akan sambung jugak story aku dari entri sebelum ni Kekasih Hati | Episod I . Sila teruskan membaca..

Malam berpisah dengan awek pertama, aku tekad untuk teruskan lagi status 'kekasih' aku. apa yang aku buat? aku ajak seorang junior yang aku percaya, pastu pergi ke tempat pelajar perempuan belajar di dewan makan (masa ni tengah PREP malam ), aku suruh junior aku paggil kawan si 'N', bila kawan si 'N' dah datang, aku bagitau kat dia yang aku nak melamar si 'N' jadi awek aku. aku suruh dia sampaikan permintaan aku ni kat si 'N'. aku bagi tempoh seminggu kat si 'N' untuk buat keputusan tapi, tapi malam tu jugak si 'N' terima ! hehehe.. macam tak percaya kan. :D

Selepas malam tu, bermula la episod kedua dalam buku sejarah aku.. aku bercinta pula dengan junior aku sendiri, tingkatan 2 pulak tu. alasan utama aku kapel dengan si 'N' sebab nak kurangkan dosa2 pelajar perempuan yang memfitnah aku dengan si 'N'. cuma hampa bayangkan, aku baru ja kenal dengan si 'N' tiga minggu tapi aku difitnah dah kapel dengan dia sebulan. ada ka patut??? tension aku bila kena fitnah macam tu, ex aku pun sokong kawan2 dia. elok la kan, ang pun sama la mangkuk macam depa jugak.hmm..alasan kedua aku simple ja, aku berkenan kat si 'N' sebab dia budak kampung macam aku jugak. lagipun jarak rumah kami tidak jauh mana pun.. kalau guna jalan kampung sekejap saja dah sampai.

Bila hujung minggu, aku banyak habiskan masa dengan si 'N'.. kami pergi belajar di perpustakaan awam dekat dengan rumah dia. tapi tak belajar benda yang sama la sebab berbeza umur kan.. bila waktu di sekolah, kami jarang berborak, cuma berbalas-balas surat sahaja. aku terlalu hanyut dengan dunia cinta sampai aku leka dengan tugas aku sebagai ketua pengawas selalu ketua murid. ramai cikgu yang menegur perubahan aku tapi apa boleh buat, aku ni lemah nak berubah. ish3.. sabar je la paklah oii.

Disebabkan ex aku belajar sekelas dengan aku, kami jadi 'musuh' jarak dekat.. bertegur sapa? jangan harap la, bercakap pun tidak.. tapi itu la hakikatnya. aku bukan nak perli sesiapa tapi aku cuma nak beritahu sesuatu fakta.. sebab mungkin nanti dah tua aku akan lupa pasal kisah cinta ni. lebih baik aku terus terang.. baiklah, hubungan aku dengan si 'N' beku sementara pada hujung Oktober 2009 sebab aku nak fokus pada SPM. kami masih bermesej tetapi tersangatlah jarang.. sampai la lepas dah habis spm, si 'N' terus mendiamkan diri dia. aku tekad untuk tinggalkan dia tanpa sepatah kata pun. aku harap dia akan jumpa lelaki yag lebih baik daripada aku.. hubungan kami bertahan sampai 9 bulan.. aku fikir dia perlu cuba benda baru, kalau terus jadi awek aku dia tak kan pergi jauh.. ( itu la yang aku fikir lepas spm ). minta maaf 'N'.. ternyata kita tak ada jodoh.

Lepas berpisah dengan si 'N' secara tak rasmi, aku single sampai la aku masuk bekerja di dalam The Store B/Mertajam.. aku mula kerja awal bulan 3 tahun 2010, lepas sebulan kerja, masuk ramai lagi pekerja baru.. salah seorang daripada pekerja tu adalah seorang awek. dah la cantik, tinggi, mantap, seksi pulak tu.. siapa minah ni? sebenarnya dia adalah watak penting untuk episod III aku nanti . jeng,jeng,jeng.. mesti hampa tak sabar kan nak tahu siapa awek ni.. hehe. harap bersabar dan nantikan sambungan story Kekasih Hati aku. Insyaallah aku akan post episod III dalam masa terdekat.. semestinya episod III ni lebih menarik dan lebih unik. hahaha..

- Jangan lupa untuk komen tau.. nak kutuk paklah pun boleh. HAHA.. -

* si 'N' di dalam entri ini ialah Nadzirah bt Abd Shukor, segala butir2 pasal dia aku tak boleh terang lebih2. lagipun kami dah tak ada apa2 hubungan.. TETAPI, kalau ada sesiapa yang nak tahu rupa dia macam mana, aku boleh tunjukkan.. tapi dengan syarat tau. ( syarat adalah rahsia, sesiapa yang master stalker tu bersedia je la.. hehehe )  sekian~

3 comments:

Tropical Ice Cream said...

ah aku dah taw dah ending dia .haha

Paklah Jr. said...

dh twu diam la.. aku nk bgtau kat sapa2 yg xtau g. hahaha..

Tropical Ice Cream said...

hakhak apa pun tak buleh cehh