{ Paklah Jr.: Kisah Ummi | Makan Cara U-turn ?

Wednesday, 12 October 2011

Kisah Ummi | Makan Cara U-turn ?

Salam 1 Blogger.. :D

Malam ni aku nak imbas kembali pasal apa yang terjadi kat mak (ummi ) aku minggu lepas. ni pun atas permintaan beliau jugak.. kalau ikutkan sebelum ni iya2 ja suruh aku shut down blog aku ni tapi sekarang iya2 suruh post pulak. ish3..

Ok macam ni, minggu lepas hari Rabu ( 5/10/11 ) aku keluar dating dengan mak aku pergi bandar B/Mertajam, ondaway nak keluar dari kampung mak aku suruh singgah sekejap dekat rumah kawan dia, sebab nak pass barang urgent katanya.

Elok dah sampai, mak aku bagi salam.. 3 kali berturut-turut, takde respon lansung. mak aku automatik bebal, pastu dia terus pusing badan nak datang kat motor yang aku tengah drebarkan. elok je pusing kaki dia tersadung dekat penghujung simen yang berlubang.. apa lagi, jatuh la dia.. tapi masa ondaway jatuh tu, secara automatik ja tangan KANAN mak aku ke depan. konon nak support badan dia la tapi jadi sebaliknya, aku boleh dengar ada bunyi "prakk.." keluar dari lengan kanan dia. mungkin sebab tangan kanan mak aku tak support badan dia kot, so effek lengan dia, "patah ka? macam mana nak mengurut nanti?"..(opss, untuk pengetahun semua, mak aku adalah seorang tukang urut professional..hehehe.)

Mak aku terus duduk kesakitan, muka dia kerut2 tahan pedih. tiba2 keluar seorang jiran..nampak gaya macam nak jemur baju sebab ada bakul baju kat tangan dia, tanpa buang masa aku ambil barang urgent dari tangan kiri mak aku pastu terus pergi kat jiran tu suruh dia pass barang tu dekat kawan mak aku. dia kata ok saja.. aku kemudian pergi kat mak aku, tarik tangan kiri dia suruh bangun balik. pastu naik moto then kami teruskan perjalanan ke B/Mertajam..

Actually aku keluar dengan mak aku sebab nak postkan bungkusan yang aku dah janji nak hantar sebelum ni, aku dah ceritakan pasal bungkusan kat sini minggu lepas. sementara aku pergi post bungkusan tu, mak aku pulak pergi beli barang dapur. sakit2 tangan pun dia gagah jugak nak pergi beli, aku bantah tapi dia nak jugak. kata dia kalau tunggu aku post lambat pulak.. betul jugak kan.hmm.. lepas beli semua kami terus balik rumah.

*Keesokan harinya..

Lengan mak aku membengkak, tak boleh nak bengkok lansung.. memang teruk sangat. Hari ni mak aku ajak pergi hospital B/Mertajam.. mak aku kata, ada kemungkinan tulang lengan dia patah.. biar betul? lepas siap2 semua terus aku bawak mak aku pergi hospital.. tak jauh mana pun, dalam 15 minit saja. lepas sampai mak aku terus pergi ke tempat 'UNIT KECEMASAN', yela kan, lengan dah sakit sangat.. takkan nak pergi dekat 'UNIT PESAKIT AWAM / LUAR' kot. hehe..dah isi borang pastu tunggu2 kejap then doktor panggil mak aku masuk ke bilik dia, aku yang tanak boring ni pun ikut la mak aku sekali masuk bilik doktor tu.

*Opss..aku mengantuk sangat time menulis ni..esok aku sambung balik. :)

.................................. The Gorgeous Boy is sleeping.. tehehehe (zzz..) ...........................................

*Pukul 6 pagi,good morning semua, i'm back..haha. lepas solat subuh, aku sambung balik story. teruskan membaca..

Doktor check2 semua pastu doktor suruh mak aku pergi buat x-ray.. nak tengok betul ka patah tulang lengan mak aku tu. lepas dah habis x-ray, ternyata tulang lengan mak aku masih ok. tak ada masalah lansung.. cuma otot dia saja mengembang, macam mana orang lain kata eh? otot 'jem' ? hmm.. lebih kurang macam tu la.
Sebelum balik doktor suruh nurse balut lengan mak aku, dia kata nak bagi  kejap dan elok balik otot tu. hmm.. doktor pesan suruh mak aku ambil ubat dekat farmasi. 

Lepas ambil ubat dan balik, macam2 aku kena buat untuk ganti mak aku. jadi drebar dia la, beli lauk (masa mak aku sakit je), basuh baju, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk dan lain2 lagi. yang mak aku pulak, tiap2 hari kena balut lengan dia.. dua hari jugak mak aku tak keluar rumah gara2 lengan sakit tu. kalau tak, tiap2 hari keluar sebab banyak kerja kan. mungkin Allah nak suruh mak aku rehat sekejap kot, mak aku terlalu fokus sangat kat kerja sampai tak fikir lansung pasal berehat.

Disebabkan tangan mak aku berbalut, so mak aku makan guna tangan kiri dan bersudu.. selang 4 hari dari tarikh jatuh (hari Ahad), mak aku dah boleh buka balutan di tangan dia. makan pun guna tangan kanan, tapi memang lawak cara mak aku makan ni. sebab ada lagi sisa baki sakit otot lengan tu, mak aku kena makan dengan gaya 'U-turn'.. maksudnya, nasi yang ada dalam tangan mak aku kena pergi ke hadapan dulu, kena bagi lengan lurus, lepas tu patah balik dengan perlahan-lahan sambil bengkok kan lengan dia. baru boleh masukkan nasi dalam mulut. dengar macam lawak kan? tapi susah kot nak buat macam tu.. ambil masa dalam 10 saat untuk sekali 'U-turn'.. ish3. kesian mak aku.. (=_=)

Mak aku makin tension sebab kena makan cara 'U-turn' , dah la lambat nak habis.. jadi mak aku dapat satu idea, biar tangan kanan dekat dengan pinggan tapi kepala mak aku pergi ke tangan, cara ni senang la sikit sebab boleh kurangkan masa dalam 5 saat untuk sekali suap. hahaha.. cerdik jugak mak aku ni kan. ( :D ) mak aku nak semua orang tahu dan ambil pengajaran serta idea yang mak aku ni guna.. khas untuk sapa yang sakit jer.hehe. cuba korang bayangkan macam mana mak aku buat? aku tengok sendiri pun lawak, mak aku gelak2, aku pun gelak punya la kuat sampai jiran rumah sebelah pun boleh dengar ( ngeh3.. ). tapi sekarang alhamdulillah, lengan mak aku dah baik. dah boleh naik motor dah pon. Syukran~

**Minta maaf kalau jalan cerita agak serabut, aku menulis ni pun waktu aku mengantuk sangat. sorip ! (*_*)

My Ummi  :D

* Ok dah habis, sekarang aku nak kuar pergi beli nasi lemak 2.0 . hahaha..sekian dari paklah! :D



3 comments:

syaz@rozelt said...

best nye bace crita pesal mak dia..hehe

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow

Paklah Jr. said...

thanks kak syaz n pakjoe ! paklah hargai.. :D