{ Paklah Jr.: September 2011

Friday 30 September 2011

Sawah Padi

         Assalamualaikum, hari ni aku nak bercerita pasal aktiviti yang aku selalu buat time aku free. Tak lain tak bukan pergi ronda sambil menghayati betapa cantiknya pemandangan kat sawah padi time waktu petang. Kebetulan masa aku free tu, adik bongsu aku yang berasal dari KL pun ada jugak. Dalam lingkungan pukul 5.30 p.m, adik bongsu aku ajak pergi ronda sebab dia boring sangat asyik duduk dalam rumah ja. Aku pun cepat2 start motor terus bawak dia pergi area kampung seberang jalan..  aku tinggal di Mukim 20, tempat yang aku pergi ronda tu Mukim 5. Dekat saja, naik basikal pun sampai.. haha. Ok2, bila dah sampai kami berhenti dulu sebab masa tu orang yang lalu lalang sikit saja. Sempat la kami snap2 apa yang patut. Dekat bawah ni saya letak hasil2 yang dah saya snap. Harap enjoy..

















*Thanks sebab sudi baca.. :D

Thursday 29 September 2011

Cerita Sedih?

Hai semua.. sebelum terlupa, aku nak gitau sikit.. cerita-cerita yang aku tulis dan post dalam blog ni kebanyakannya memori lama aku. So jangan pening2 pulak ek.. aku bukan apa, baru buat blog kan.. aku tulis ni pun sebab takmau bagi memori lama hilang macam tu ja.
                Oke2, kali ni aku nak imbas kembali memori hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-19, iaitu pada 18 mei 2011 yang dah lalu. Kejadian ni jadi time cuti semester kedua aku.. dalam bulan mei jugak la. Disebabkan cuti yang agak panjang dan aku duduk melepak ja dalam rumah, aku ambil keputusan nak ikut mak ndak aku pergi KL sebab nak hantar Kak Hazirah, sepupu aku balik asrama. Kebetulan masa aku ikut depa pi KL, tok aku ikut sekali dan tarikh pun hampir2 ja dengan besday aku.
                Nak dipendekkan cerita, bila dah sampai sana.. kami tinggal dekat rumah flat yang mak ndak aku beli (tapi dua hari sebelum tu tidur dekat rumah pak njang aku dulu, area taman melawati, Gombak). Rumah yang mak ndak aku beli tu nak bagi sewa kat student ipta atau ipts yang terdekat.. jadi, sebelum nak bagi sewa mesti la kena cantik dulu kan. So mak ndak aku pun panggil la tukang rumah suruh perbaik apa yang patut.. tukang ni dipanggil sebab cadangan pak njang aku (untuk maklumat semua, pak njang aku ni orang lama dekat KL. Jadi pandai2 la dia nak cari tukang rumah kan.. hehe). Disebabkan aku duduk melepak ja, mak ndak aku suruh la aku PELAWA (bagi cantik) rumah dia. Hurm.. nak tak nak kena la buat kan sebab aku duduk free. Hahaha.. keja yang aku buat macam cat pintu grill dan cat kayu. Tak berapa ingat la sebab dah lama kan.. aku tulis pun sebab ingat sikit ja ni. Huhu..
                Pada hari rabu (18 / 5 / 2011), aku disuruh buat kerja lagi.. sedih aku. Aku dah bagitau hari tu harijadi aku tapi semua orang tak kisah pun, tok aku pun buat ‘derk’ ja, sepupu aku sibuk study, mak ndak aku pulak sibuk jahit tirai.. dari pagi sampai malam aku dok sedih ja, lepas maghrib aku tak sengaja menangis kot sebab sedih sangat2. Apa la nasib aku kan.. tadak sapa pun nak celebrate besday aku. Pastu keesokan hari lak, aku jadi bebal.. aku endah tak endah ja bila sembang dengan depa semua. Biar la aku sorang ja yang pendam rasa sedih tu.. tapi dalam pahit tu, ada juga manisnya.. sebab mak aku, Faridah bt Yahya dah hantar mesej untuk wish besday aku (sebelum pukul 12 tengah malam pulak tu). Alasan dia dah mengantuk dan tak larat nak tunggu sampai pukul 12. Hahaha.. macam2 la mak aku ni. Aku boleh senyum tawar ja masa tu.. sob3. Lepas tu kawan2 lama pulak wish.. terima kasih banyak2 tau.
                Kalau tak silap aku tinggal fesbuk seminggu kot, time besday aku pun aku tak on9 sebab dalam rumah mak ndak aku tu tadak internet. Almaklum la baru beli kan.. lepas sampai rumah (Kubang Semang, Pulau Pinang) masa hujung minggu tu, kalau tak silap hari sabtu petang.. aku terus on9. Ramai orang yang wish dalam fesbuk.. thanks semua. Aku just like je la sebab hati dah tawar kan.. hurm, sampai sekarang aku tak celebrate besday aku pun. Kalau ada sapa2 yang nak celebrate dengan aku tu boleh la.. celebrate bila2 pun tak pa kan. Kecik2 pun tak kesah..Hehe.. ok la, takat ni saja cerita agak sedih dari aku (sedih campur happy, taktau pasaipa.. haha).. nanti aku tulis cerita seronok pulak ek. Hehe.. k bye.


Gila - Gila Game

Apa khabar semua? Sihat? Dah makan? Dah solat? Alhamdulillah.. baiklah, sekarang ni aku nak merapu pasal apa yang aku selalu buat tiap-tiap hari. Dah bersedia? Bagus2.. ok jom baca cerita bawah ni.
            Minat main game ni mula subur dalam jiwa aku masa aku mula2 masuk uitm permatang pauh. Ye la kan, kebanyakan kawan aku semuanya terer main game.. mesti la aku jeles. Hehehe..ok2, minat memang dah ada tapi laptop pula tak ada. So aku pendam la perasaan tu hampir setahun.. tapi sekarang alhamdulillah, aku dah ada laptop sendiri.. berkat kesabaran aku, akhirnya aku dapat jugak beli laptop sendiri.. erm, aku beli laptop ni dekat area Megamall,perai.. kalau sapa yang tak tahu tu diam sudah la. Hahaha..
Assassins Creed Brotherhood
            Dengan pembelian yang amat bermakna tu, aku terus amik game dari kawan aku.. kebanyakan depa ada game yang aku berkenan. Lega hati sebab tak payah download.. kalau download kena tunggu dalam masa seminggu sebab kelajuan internet rumah aku ‘biasa’ saja. Dalam banyak2 game, aku paling suka game buatan Ubisoft Montreal iaitu Assassins Creed Brotherhood. Aku cukup suka main game ni sebab watak utama dia seorang pembunuh upahan lagenda, Ezio Auditore da Firenze (tak tau la wujud betoi2 atau tak..hehe).  Kalau nak suruh ulas nanti tak larat baca kot sebab game ni femes di seluruh dunia. Dasyat kan? Hehehe.. dengan kelengkapan armor + senjata dia yang pelbagai menambahkan lagi semangat aku untuk main game tu. Kalau diikutkan game Brotherhood ni keluaran ketiga dari Ubisoft, jadi aku tekad nak main keluaran pertama dan kedua. Cari dalam internet akhirnya aku jumpa keluaran yang kedua, terus aku download.. aku ambil masa dalam 4 hari juga la nak download semua file dia, nama official yang no 2 ni Assassins Creed II. Style kan? Hehe.. yang no 2 ni unik sikit sebab dia ada banyak peta, yang no tiga pulak ada satu ja tapi besar. Lebih kurang besar satu negara.. hurm.
Assassins Creed II




Assassins Creed
      Keluaran yang pertama aku tak boleh download dari internet, sebab depa dah delete kot. so aku minta dari kezen aku.. abang zahid. Dia ni pun hantu game jugak. Hahaha.. keluaran pertama ni tak berapa best sangat sebab agak complicated, tambahan pula jalan cerita dia yang serabut. Pening juga bila nak main.. sekarang ni aku dok tunggu keluaran yang keempat, Assassins Creed Revelations. Insyaallah keluar 15 November nanti. Yang aku paham pasal keluaran ni, ia keluaran yang terakhir dan yang paling best. Sebab ada kelengkapan senjata yang baru dan jalan cerita yang menarik. Aku pun tak reti nak terang panjang dah.. kalau sapa yang nak maklumat lanjut pasal game yang aku main ni boleh la cari dalam youtube ek. Komfem ada.. selain dari game kat atas,aku main game lain jugak,contohnya prince of persia,mini ninja, avatar the game, COD, dan tak lupa ANGRY BIRD.hahahaha.. oke la,stakat ni dulu ye.. nanti sambung lain.babai..

Ni yang last skali, final chapter, tak sabar nak main ! hehehe..

Netbook Oh Netbook

Salam.. aku dah tinggal blog ni agak lama jugak. Sebab nak cari mood menulis dulu.. hahaha. Ok, sekarang ni aku nak cerita pasal first laptop aku. Actually, laptop aku tu bukan besar tapi yang kecik. Orang panggil netbook .. kalau yang besar notebook. hehe.. ok la, awal tahun ni netbook aku tu rosak..so aku cari la kedai yang boleh repair, cari punya cari jumpak la dekat dalam summit, BM..kedai cina,bila tanya pasal harga depa diam. tapi aku tau depa mesti cas mahal..malas arr. dah la masa tu aku tengah sengkek.. bila aku bagitau kat abang aku, dia kata abang kawan dia boleh repairkan. So aku pun suruh la abang aku pergi hantar cepat2.. jimat sikit kos perbaik netbook tu. Hehe..
            Dua minggu lepas tu, tadak berita pun pasal netbook aku.. aku ni pulak makin risau. Aku suruh abang aku pi tengok dia dah siapkan ke belum, tengok2 tak siap lagi sebab tadak CD nak restore dan format balik netbook tu. Salah aku jugak sebab tak bagi sekali.. Bila dah bagi dia kata tak boleh bubuh dalam netbook tu sebab netbook kan kecik, mana ada tempat nak masukkan CD. Aku jadi lagi sedih.. aku suruh la mamat tu buat apa yang patut. Dia kata “Ok, takde hal la...” ..
            Lima bulan berlalu, aku pun dah hampir lupa pasal netbook tu sebab aku dah beli laptop baru. Haa, kali ni memang yang besar punya.. atau nama panggilan lain ‘notebook’. Aku survey laptop ni dalam anggaran dua bulan jugak la.. pastu bila duit pt dah kuar terus aku pi beli. Alhamdulillah.. aku puas hati dengan pilihan aku ni. Boleh pakai lama.. spesifikasi yang agak lengkap. sesuai untuk main game2 yang adventure macam Assassins Creed Brotherhood dan banyak lagi.. urusan kerja pun lancar. Syukur sangat2..
            Ok, bercakap pasal netbook yang aku hampir lupa tu. baru2 ni aku teringat balik pasal netbook tu dan suruh abang aku pergi ambil balik.. aku fikir netbook tu dah ok tapi jadi sebaliknya. Keadaan dia sama ja macam mula2 abang aku pergi hantar kat mamat tu.. sebak hati aku tengok netbook aku tak baik2. Bukan apa, netbook tu elok lagi tapi ada system error, file not found la.. mungkin lepas format masalah tu akan selesai tapi masalahnya aku tak boleh masukkan CD dalam netbook tu. Hurmm..
 Salah satu cara yang aku boleh buat ialah dengan beli pemain CD berasingan.. benda ni kat semua kedai komputer pun ada tapi masalahnya harga dia tu agak mahal la. Cara kedua aku pergi hantar kat kawan jiran aku, tukang repair laptop. Tapi setahu aku dia repair laptop ja, netbook tak tau la pulak.. macam mana ek? Pening2.. haa, lagi satu.. kalau hantar kat dia kena cas lebih. Besa la kan orang melayu berniaga..cas tinggi tapi buat keja halai balai ja. Jiran aku cadangkan dia sebab dia buat kerja ok, aku tengok tak ok pun.. entah la. Kalau aku silap minta maaf banyak2 ek.. hehehe.
Sekarang ni netbook tu dah ada dalam simpanan aku tapi tak pi pebaik lagi sebab tak dak sumber kewangan lansung. Insyaallah aku akan usaha pebaik dia dalam masa terdekat.. abang aku pun kedekut tak mau share duit lansung. Yang dia tau bila guna laptop aku, buat macam harta sendiri.. b****** betol. Hahaha.. sebelum lupa, kalau aku dah pebaik netbook tu senang la sikit nak tulis cerita sebab dia ringan dan button keypad dia lembut. hehe..ok la, setakat ni saja cerita dari aku pasal ‘netbook oh netbook’ ni ..sekian wasalam~

Netbook yang sakit..


Laptop terkini..




Thursday 15 September 2011

first time merapu dalam blog

Salam , ni la 1st time aku menulis dalam blog ( jari macam keras ja .. hahaha ).. punya la lama dok rancang tapi tak buat2 jugak. pastu aku fikir la balik.. dalam dok rilek ja manjang, baik aku buat blog.. dengan hati yang innocent + shy2 cat aku pun minta tolong adik aku ida tak comel ajar buat blog. masa dok kusyuk mengadap fesbuk tu, aku suruh la dia ajor cepat2.. pastu dengan bangganya dia pun tunjuk la cam mana nak buat ini, buat itu, edit profile la and macam2 lagi ( banyak jugak benda nak kena buat noh.. ish3 ). lepas paham terus aku jadi terer.. hahaha. hmm, tujuan aku buat blog ni sebenarnya nak share story pasal diri aku sendiri yg tunggang langgang ni. aku pun macam org lain gak.. tak perfect , tapi normal. haa, esok hari Malaysia kan.. so semua kolah cuti termasuk la kolah ida tak comel. so selamat bercuti.. jangan nakal2 sudah. harharhar. oke la, setakat ni dulu introduction dari aku.. dalam masa terdekat nanti aku akan boh story baru. tunggu je la ek.. sekian.


Ida tak comel.. (keh3..)