{ Paklah Jr.: Gila - Gila Game

Thursday 29 September 2011

Gila - Gila Game

Apa khabar semua? Sihat? Dah makan? Dah solat? Alhamdulillah.. baiklah, sekarang ni aku nak merapu pasal apa yang aku selalu buat tiap-tiap hari. Dah bersedia? Bagus2.. ok jom baca cerita bawah ni.
            Minat main game ni mula subur dalam jiwa aku masa aku mula2 masuk uitm permatang pauh. Ye la kan, kebanyakan kawan aku semuanya terer main game.. mesti la aku jeles. Hehehe..ok2, minat memang dah ada tapi laptop pula tak ada. So aku pendam la perasaan tu hampir setahun.. tapi sekarang alhamdulillah, aku dah ada laptop sendiri.. berkat kesabaran aku, akhirnya aku dapat jugak beli laptop sendiri.. erm, aku beli laptop ni dekat area Megamall,perai.. kalau sapa yang tak tahu tu diam sudah la. Hahaha..
Assassins Creed Brotherhood
            Dengan pembelian yang amat bermakna tu, aku terus amik game dari kawan aku.. kebanyakan depa ada game yang aku berkenan. Lega hati sebab tak payah download.. kalau download kena tunggu dalam masa seminggu sebab kelajuan internet rumah aku ‘biasa’ saja. Dalam banyak2 game, aku paling suka game buatan Ubisoft Montreal iaitu Assassins Creed Brotherhood. Aku cukup suka main game ni sebab watak utama dia seorang pembunuh upahan lagenda, Ezio Auditore da Firenze (tak tau la wujud betoi2 atau tak..hehe).  Kalau nak suruh ulas nanti tak larat baca kot sebab game ni femes di seluruh dunia. Dasyat kan? Hehehe.. dengan kelengkapan armor + senjata dia yang pelbagai menambahkan lagi semangat aku untuk main game tu. Kalau diikutkan game Brotherhood ni keluaran ketiga dari Ubisoft, jadi aku tekad nak main keluaran pertama dan kedua. Cari dalam internet akhirnya aku jumpa keluaran yang kedua, terus aku download.. aku ambil masa dalam 4 hari juga la nak download semua file dia, nama official yang no 2 ni Assassins Creed II. Style kan? Hehe.. yang no 2 ni unik sikit sebab dia ada banyak peta, yang no tiga pulak ada satu ja tapi besar. Lebih kurang besar satu negara.. hurm.
Assassins Creed II




Assassins Creed
      Keluaran yang pertama aku tak boleh download dari internet, sebab depa dah delete kot. so aku minta dari kezen aku.. abang zahid. Dia ni pun hantu game jugak. Hahaha.. keluaran pertama ni tak berapa best sangat sebab agak complicated, tambahan pula jalan cerita dia yang serabut. Pening juga bila nak main.. sekarang ni aku dok tunggu keluaran yang keempat, Assassins Creed Revelations. Insyaallah keluar 15 November nanti. Yang aku paham pasal keluaran ni, ia keluaran yang terakhir dan yang paling best. Sebab ada kelengkapan senjata yang baru dan jalan cerita yang menarik. Aku pun tak reti nak terang panjang dah.. kalau sapa yang nak maklumat lanjut pasal game yang aku main ni boleh la cari dalam youtube ek. Komfem ada.. selain dari game kat atas,aku main game lain jugak,contohnya prince of persia,mini ninja, avatar the game, COD, dan tak lupa ANGRY BIRD.hahahaha.. oke la,stakat ni dulu ye.. nanti sambung lain.babai..

Ni yang last skali, final chapter, tak sabar nak main ! hehehe..

No comments: