{ Paklah Jr.: November 2011

Wednesday 30 November 2011

Tension dan Seronok

Assalamualikum wbt..

   
     Seperti yang dijanji, paklah akan kongsi sikit pasal game yang paklah tengah main ni. kalau diikutkan mula2 tu memang tension la sebab banyak sangat benda baru kan.. tapi bila dah lama main baru la faham. misi  untuk watak dalam game ni ialah menyelidik, menganalisis dan mencari 5 kunci untuk membuka sebuah perpustakaan kepunyaan Altair, Grand Master Assassins.

     Sekarang ni paklah baru dapat 2 kunci, lagi 3 tengah ondaway.. cara nak cari kunci pun menarik sebab tempat persembunyian dia ada kat tempat yang orang awam pun tak perasan. haha..ok, seperti game2 sebelum ni, bila kita membuka satu kedai, secara automatik kita akan menjadi tuan tanah dan bila kita pergi beli barang kat situ mesti dapat diskaun kan. itu sebelum ni..

     Untuk game ni pulak, bila dah buka satu kedai.. secara automatik 'tahap kecurigaan askar' akan naik 20%.. bila buka 5 kedai. mesti la tahap kecurigaan tu jadi 100% kan? haa, bila dah penuh tu.. askar yang nampak kita terus kejar dan serang. macam bangang je.. adoii.

     Itu part yang tak best, yang bestnya pulak.. senjata, baju perisai, askar jahat dan BOM. semua baru2 belaka.. biasa la, dah pergi tempat baru kan.. mesti la barang baru. tapi semua menarik sangat terutamanya bom. punya la banyak bom yang ada sampai paklah tak ingat semua nama. memang banyak.. dan unik. ada yang guna untuk membunuh, ada yang guna sebagai taktik untuk bagi misi jadi mudah dan ada yang guna untuk menarik perhatian askar. memang konfius masa awal2 guna tapi sekarang dah ok..

     Cakap pasal askar pulak, semua kuat2 belaka.. tension paklah. bila berlawan mesti akan turun nyawa.. lepas tu kena makan ubat. dah la stok ubat terhad ja. ish3.. takpa2, nanti paklah akan berlatih lagi. kalau depa kuat, takkan paklah tak boleh kuat kot.. betul tak? haha.. lagi satu, misi2 dia semua susah..memang saja nak bagi orang yang main tension. :P

     Ok la, ni la sinopsis paklah buat masa ni. ada tambahan paklah akan tulis lagi.. sekian sahaja, babai.. salam.

Pak Ndak Sakit


Sudah lama pak ndak paklah sakit.. ada yang kata sebab sakit tua ( umur pak ndak baru 50 lebih, dah tua ke tu? ), ada yang kata kena jangkitan kuman dan macam2 lagi la.. kalau tak silap paklah pak ndak mula sakit awal bulan 11 tahun 2011 ni kot. tak ingat sangat la.. tapi yang paklah tahu, kulit badan pak ndak jadi kekuning-kuningan..

Mula2 pak ndak tak mahu pergi hospital, tapi disebabkan keadaan fizikal pak ndak makin teruk jadi mak ndak terpaksa jugak hantar ke Hospital Bukit Mertajam.. lama2 di hospital tu keadaan pak ndak tak ada perubahan pun, jadi pak ndak dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya pulak. kasihan pak ndak..

Paklah teringin nak pergi ziarah dan sembang2 dengan pak ndak tapi disebabkan paklah ada masalah dengan MAK NDAK, jadi paklah cipta macam2 alasan bila ada orang ajak pergi ziarah pak ndak. paklah tahu, mak ndak sentiasa ada dengan pak ndak.. paklah malu dengan diri sendiri. sebab masalah yang paklah buat, orang lain yang terima kesannya. kejam kan paklah ni.. aduss.

Tapi takpa, paklah tekad akan pergi minta maaf jugak nanti dengan mak ndak.. paklah dah bersedia nak terus terang dengan mak ndak. ok2, berbalik kepada cerita pak ndak.. bila berita bahawa pak ndak masuk hospital sampai ke pengetahuan pak njang yang tinggal di Kuala Lumpur, pak njang dan keluarga terus balik rumah tok ( rumah yang paklah tinggal sekarang la ). so sekarang ni pak njang ada kat rumah.. paklah dah bincang masalah paklah dengan pak njang ( masalah pasal berhenti dari UiTM ).. memang kena berleter la kan. tapi semua tu untuk kebaikan paklah jugak. lega rasanya bila dapat berkongsi pendapat dengan pak njang sebab pak njang bekas pesyarah di Universiti Malaya.. huh huh.

Itu saja paklah rasa untuk masa terdekat ni, ada cerita baru paklah tak kan segan2 untuk kongsi nanti.. cuma selalu datang singgah ke blog paklah pun ok jugak.paklah hargai, walaupun hanya seminit dua..hehe. ok la, babai. salam..



Monday 28 November 2011

Akhirnya....

Assalamualaikum..

Akhirnya...

     Alhamdulillah, akhirnya CD game yang paklah tunggu2 selama ni dah ada di tangan paklah..sepatutnya paklah nak beli cd tu kat Summit, Bukit Mertajam tapi kedai cd tu tutup pulak. jadi dengan tabah dan tekad hati paklah pun pecut motor modenas kristar kepunyaan mak pergi Megamall, Perai. tak jauh mana pun, dalam 15 minit macam tu sampai la..mungkin kurang. hehe..

     Bila sampai kat Megamall, paklah parking motor pastu terus pergi ke kedai cd game. bila tanya memang ada.. seronok sangat2! hahaha.. asalnya paklah bajet cd tu harga RM 30 sebab baru lagi kan. tapi rupa-rupanya RM 20 sahaja. jimat RM 10.. keh3. 

     Paklah lupa, masa di Summit tu paklah ada withdraw RM 20.. lepas sudah, ada dua orang mamat Nepal minta tolong paklah withdraw untuk depa pulak.. tapi password dia masukkan sendiri la. dah siap semua depa sungguh2 cakap "Thank You" kat paklah.. haha. rasa macam lawak pulak mamat2 Nepal tu dengan sengih2 lagi. berbekalkan RM 20 extra tu paklah pun beli selipar baru yang berharga RM 14 dalam Megamall. pastu paklah beli lagi dua jenis cd game.. keluar lagi RM 20. memang boros kan paklah ni..

     Bila dah keluar dari Megamall, tak pasal2 tekak paklah minta dibasuh.. so paklah beli la air ' Kichikapo '. ada orang kata air ni adik-beradik arak tapi bagi paklah ok ja. harga runcit RM 2.20 tapi yang bestnya paklah beli kat luar Megamall tu harga dia RM 2.80.. mak aih! mahal siot! tapi dah dahaga sangat kan, paklah beli je la ( alang2 ada duit tu biar perabis terus, senang cerita.. haha ), tambahan pulak matahari dah terpacak je atas kepala. jam kat tangan pun tunjuk pukul 12 p.m.. apa lagi. paklah jadi mat rempit la masa ondaway balik sampai la ke rumah.. hahaha.

     Sekian sahaja 'report' paklah buat masa ni, semua maklumat yang paklah story kat atas tu masih fresh lagi tau tak.. sekarang paklah nak MAIN GAME SAMPAI PENING. hahaha..  kat bawah ni paklah letak gambar cd yang paklah idamkan tu. ok la, babai..



Harga asal RM 24 tapi paklah dapat diskaun 4 ringgit.. best kan? hehe..  :))



The Truth


     Baiklah, disebabkan paklah dah lama pendam rahsia ni. jadi paklah nak bagitau sekarang la. malas la nak cakap berlapik-lapik ni. sampai bila kan..rahsia ni paklah dah simpan sebelum final exam lagi ( masa di dalam UiTM ).hanya mak, tok, mak ndak, adik, abang dan sapa2 yang paklah dah bagitau ja yang tahu..

     Paklah akan cerita punca rahsia ni dan cara paklah atasinya. mula2, paklah nak cerita dulu punca2 yang tak masuk akal ( bagi yang tak boleh terima apa yang paklah nak tulis la ).. semua ni bermula dalam bulan 9 tahun ini. masa ni paklah dalam semester 3.. sepatutnya sem 3 ni sama je la macam sem 2 kan. tapi jadi sebaliknya pulak.

     Masa sem 2, paklah ulang alik pergi uitm naik motor modenas kristar kepunyaan mak. situasi masa tu elok ja sebab abang paklah pergi kerja naik van kilang.. dia keluar pukul 6 pagi dan balik pukul 7 petang. tapi bila paklah masuk sem 3, abang paklah tukar tempat kerja. bila dah tukar, tak ada lagi la van kilang yang nak ambil-hantar dia kan.. so mak la yang kena hantar. bila terpaksa, abang akan tumpang mana2 kenalan yang tinggal dekat dengan rumah kami. sampai satu ketika, abang guna jugak perkhidmatan van.

     Keadaan mula jadi kelam kabut bila abang nak guna motor untuk pergi kerja.. asalnya motor ada dua, emak naik satu dan paklah naik lagi satu untuk pergi uitm. bila abang dah naik satu, paklah tak boleh la nak naik motor. jadi tak boleh la nak pergi kuliah. bila dah banyak kali jadi macam tu, paklah dah biasa.

     Paklah mula sedar, apa masa depan yang paklah boleh dapat kalau paklah teruskan belajar kat uitm tu? fikir punyalah fikir sampai satu hari paklah dapat idea, paklah akan berhenti belajar dari uitm dan sambung belajar kat tempat lain. kenapa? sebab kos kimia yang paklah ambil dah la susah, lepas tu wajib sambung ijazah baru ada jaminan kerja. rasa macam merapu je kan idea ni tapi itu la hakikatnya..silap paklah jugak sebab sedar lambat. memang dari sekolah menengah lagi paklah tak mahir dengan subjek kimia..bila masuk universiti ambil kos kimia pulak. memang tak boleh pergi jauh la kan..

     Jadi sekarang paklah dah keluar dari uitm, paklah tak ambil pun final exam yang sepatutnya wajib untuk semua pelajar uitm..result paklah pun tak boleh tengok sebab paklah tak isi borang penilaian apa ntah. paklah dah tak ambil kisah pasal semua tu. sekarang ni paklah fokus untuk masuk ke tempat belajar baru ja. ramai orang masih fikir paklah tengah belajar kat uitm padahal paklah tengah cuti kat rumah, bila ada orang tanya tu, paklah terpaksa menipu je la.hmm..

     Memang berdosa sangat2 bila terpaksa menipu ni, tapi apakan daya.. dah terpaksa. bukan paklah rancang pun nak jadi macam ni.. tidak masa awalnya nak jujur dengan semua orang. tapi bila semua orang pakat tanya pasal uitm ja, tenggelam dah niat untuk jujur tu. astaghfirullahal azim.. kepada sesiapa sahaja yang paklah menipu tu paklah mohon maaf sangat2. kalau yang tak baca blog paklah ni pulak, paklah akan cakap terus terang dari masa ke semasa. insyaallah..

     Selepas keluar dari uitm, paklah dapat maklumat dari adik. memang menarik apa yang paklah dengar masa tu. dia bagitau boyfriend dia nak sambung belajar di Akademi Binaan Malaysia ( ABM ) bila dah graduate sebab sijil kemahiran dari ABM memang laku ( berguna sangat2 ) bila hendak minta kerja. lagipun sekarang ni siapa yang keluar dari universiti belum tentu ada pekerjaan tetap.betul tak? ( boyfriend adik masih belajar di universiti Petronas ).

     Jadi cara penyelesaian masalah ni adalah paklah akan belajar di dalam ABM Wilayah Utara yang berada di Sintok, Kedah. paklah amik kos 'Architechural Drafting' , lukis pelan rumah..sekarang paklah tengah cuti lagi, dan insyaallah paklah akan mula sambung belajar lagi kat ABM tu. akademi ni lebih kurang ja macam Institusi Kemahiran Bina Negara ( IKBN )..cuma apa yang bezanya ABM di bawah naungan dan tajaan CIDB ( Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ) manakala IKBN di bawah naungan dan tajaan dari MARA. 







     Semoga niat paklah untuk sambung belajar termakbul dan tiada sebarang masalah.. sebelum paklah lupa, bukan semua orang tak sokong keputusan paklah ni, ada jugak yang sokong terutama sekali kawan2 mak dan Tok Tam. paklah bersyukur sebab ada jugak orang yang paham niat paklah ni.. terima kasih banyak2 tau. 

     Sekian saja rahsia dari paklah.. jika ada apa2 nak tanya jangan lupa komen. babai.. salam.     

     

Penantian Satu Penyeksaan :D

Assalamualaikum wbt..

Paklah nak buat sesuatu yang amat / agak penting esok @ sebelum hujung minggu ni. tengok dulu gambar2 merapu kat bawah ni..  :)














Haa, macam sama je kan dengan post lama paklah dulu betul tak? tapi ini la yang paklah nak buat esok atau sebelum hujung minggu ni. PAKLAH NAK BELI CD GAME NI DAN MAIN BANYAK KALI.. haha. ini keluaran yang keempat dan yang terakhir.. yang no 1 sampai no 3 paklah dah main sampai habis dah. tunggu yang last ni pulak.. 

Kalau ikutkan tarikh betul keluaran game ni pada 15 / 11 / 2011, tapi khas untuk pengguna PS3 dan Xbox sahaja. untuk sapa yang guna lappy dan dekstop, tarikh dia 29 / 11 / 2011 ( esok ). tak sabar rasanya.. hahaha. tapi kan, tak tentu lagi tau dak yang game ni akan ada di kedai pada esok hari, mungkin seminggu kemudian baru sampai. sapa la yang tau kan.. sebab tu la paklah dah tulis awai2 tadi "sebelum hujung minggu ni"..

Nanti dah main paklah bagi sinopsis sikit okeh.. sekian.

Sunday 27 November 2011

Memori

Assalamualaikum wbt..

Disebabkan rumah paklah tak ada internet selama dua minggu, jadi paklah dok saja je la dalam rumah..kadang2 tu tengok movie yang ada dalam laptop. memang bosan sangat..

Bila tak tau nak buat apa, paklah main la game Need For Speed Most Wanted, game lama je ni. kalau tak silap keluaran tahun 2005. masa tu paklah baru tingkatan 1.. memang comel. hehehe..



Cakap pasal tingkatan 1, paklah nak story sikit.. disebabkan masa darjah 6 paklah dah biasa pakai songkok, jadi bila naik tingkatan 1 pun paklah pakai songkok juga. tambah pulak, kepala paklah botak..hahaha. dah la telinga capang.

Tapi dah besar muka paklah pun dah 'kembung', jadi dah tak ketara sangat capang tu. nampak biasa je la..erm, kembali ke tajuk asal. bila dah ada internet ni, mungkin paklah akan selalu update kot blog ni. tak pasti lagi la sebab takut2 nanti internet putus balik ka. sapa yang tau kan..hmm.

Paklah tengah tunggu untuk sambung belajar bulan 1 nanti.so bila banyak masa ni paklah akan mengadap laptop je la. insyaallah.. k la babai.

- Abdullah Sharafi -

Sunday 6 November 2011

Selamat Hari Raya Sembelih Lembu

Assalamualaikum..

Untuk hari raya haji kali ni, 6 / 11 / 11, paklah sambut kat rumah ja.. kalau paklah nak raya kat luar pun, tak ada hala tuju lansung. maksudnya tak ada tempat lain la untuk paklah pergi beraya selain dari rumah.. berbeza dengan masa paklah kecil2 dulu, tiap2 kali hari raya mesti pergi banyak tempat. lagi satu, emak paklah dah masak macam2 yang sedap ( ada 3 menu saja )


  1. Laksa Penang, emak masak dengan gandingan adik paklah.. memang sedap, wohhh~
  2. Nasi Impit berserta kuah kacang dan kuah sambal udang.. haa, yang ni lagi sedap, tambah2 yang kuah kacang tu.. mak yang buat sendiri. memang berselera gila.. :))
  3. Kek 90% coklat, ya Allah.. yang ni pun sedap. COKLAT tu.. ish3. dah la besar, sedap pulak tu.. sekarang ni dah tinggal 2/9 je lagi.. aduhh, memang sedap la. semua orang yang try kek tu mesti nak lagi. sampai la tinggal sikit je..hehe. ( opss lupa, kek ni mak tak masak tapi dapat dari pelanggan dia )

Itu la menu utama kat rumah paklah, laksa dan nasi impit ada banyak lagi.. kek saja tinggal sedikit. tapi dalam banyak2 kat atas tu, paklah nak komen sikit pasal sambal udang. pada awalnya sambal ni dimasak untuk makan dengan nasi impit, tapi lepas paklah try sendiri.. memang tak sesuai la. bukan apa, sambal tu tak melekat lansung dengan nasi impit.. macam mana la nak rasa sambal kalau macam tu kan? ish3..jadi, untuk dapat rasa yang betul2 punya, paklah makan la guna nasi putih. hehe.. memang sedap, adik paklah yang masak.

Akhir sekali paklah ingat nak cerita pasal sedara yang datang tidur kat rumah paklah, paklah panggil dia Pak Njang.. banyak yang paklah nak cerita pasal ayah sedara paklah ni tapi cukup la dulu. emak paklah kata :-
" Buat baik pada yang jahat pun dapat pahala, tak payah la berlakon baik tapi buat betul2 baik.. "
kalau sapa yang paham tu bagus la.. sapa yang tak paham tanya paklah ok? 

Sebelum lupa, dalam peti ais rumah paklah penuh dengan daging lembu sebab tok buat qurban dengan pak njang + pak tam. jenuh la nak makan daging lepas ni..hehe. ok la,sekian dulu cerita pasal Hari Raya Aidiladha paklah kali ni.. walaupun dah banyak kali sambut tapi ini post yang pertama dari paklah pasal Hari Raya Sembelih Lembu ni. hehe.. salam.

* sekarang ni paklah tak suka letak gambar la sebab kamera tak cantik pun, sape yang ada dslr tu untung la kan.. :(

 

Thursday 3 November 2011

Bila Tak Ada Internet


First of all, paklah nak minta maaf sebab lama tak update blog ni. masalahnya adapter yang paklah beli kat kedai ANSONAT rosak mungkin sebab terkejut lepas kena kilat yang kuat dua minggu lepas. jadi paklah bekukan la sekejap blog ni sementara nak beli adapter baru dan bayar bil internet yang paklah dah tunggak. 

Alhamdulillah, sekarang ni internet dah ada balik dan paklah nak tulis banyak2 biar semua blogger tak larat nak baca. hahaha.. dalam entri kali ni, paklah nak bagitau apa yang paklah dah buat dalam masa dua minggu tanpa internet kat rumah ni. 

1) Paklah pergi ke cc yang terdekat dengan kawasan rumah paklah, dekat penanti je ( naik moto dalam 3 – 5 minit macam tu la ) 

2) Buat mission baru, tengok semua movie yang ada dalam hard disk paklah.. haha.

3) Pergi jumpa kawan lama, Amin, kat Kepala Batas. Sebab nak repair netbook lama tu tapi kos dia dua ratus lebih, so paklah tangguh je la. Nanti ada duit paklah pergi hantar lain..

4)  Kadang2 tu paklah pergi lepak rumah jiran untuk main game. Jiran paklah guna pc so bila main game jadi lagi ‘smooth’, memang puas hati la. Hehe..

5) Paklah ‘on diet’ kot.. (=_=) hahaha..jaga makan, sehari makan nasi sekali je. Best la pulak.. :D

6) Bila mak paklah suruh escort dia pergi mana2 ke, paklah follow jer ( tak selalu tau ) sebab nak cari duit poket kan.. hehe. Kadang2 tu ada jugak paklah tolong mak jual produk kesihatan yang mak selalu jual, jus monavie. Jus no 1 di dunia.. heheh.

Ok la, itu je la yang paklah buat sepanjang dua minggu ni.. actually minggu pertama paklah dah tembam je tapi sekarang ok balik.hehe.. mungkin sebab point no 5 atas tu kot. hahaha.. hah, paklah ada dengar berita terkini, The Summit kat Bukit Mertajam tu nak tukar jadi Parkson. 

Betul ke? Parkson tu macam mana ek? Sapa tahu tolong la gitau paklah ek.. ok la bye, tata..

* tulisan semua jadi berterabur sebab paklah copy paste dari microsoft word.. :(