{ Paklah Jr.: Tension dan Seronok

Wednesday 30 November 2011

Tension dan Seronok

Assalamualikum wbt..

   
     Seperti yang dijanji, paklah akan kongsi sikit pasal game yang paklah tengah main ni. kalau diikutkan mula2 tu memang tension la sebab banyak sangat benda baru kan.. tapi bila dah lama main baru la faham. misi  untuk watak dalam game ni ialah menyelidik, menganalisis dan mencari 5 kunci untuk membuka sebuah perpustakaan kepunyaan Altair, Grand Master Assassins.

     Sekarang ni paklah baru dapat 2 kunci, lagi 3 tengah ondaway.. cara nak cari kunci pun menarik sebab tempat persembunyian dia ada kat tempat yang orang awam pun tak perasan. haha..ok, seperti game2 sebelum ni, bila kita membuka satu kedai, secara automatik kita akan menjadi tuan tanah dan bila kita pergi beli barang kat situ mesti dapat diskaun kan. itu sebelum ni..

     Untuk game ni pulak, bila dah buka satu kedai.. secara automatik 'tahap kecurigaan askar' akan naik 20%.. bila buka 5 kedai. mesti la tahap kecurigaan tu jadi 100% kan? haa, bila dah penuh tu.. askar yang nampak kita terus kejar dan serang. macam bangang je.. adoii.

     Itu part yang tak best, yang bestnya pulak.. senjata, baju perisai, askar jahat dan BOM. semua baru2 belaka.. biasa la, dah pergi tempat baru kan.. mesti la barang baru. tapi semua menarik sangat terutamanya bom. punya la banyak bom yang ada sampai paklah tak ingat semua nama. memang banyak.. dan unik. ada yang guna untuk membunuh, ada yang guna sebagai taktik untuk bagi misi jadi mudah dan ada yang guna untuk menarik perhatian askar. memang konfius masa awal2 guna tapi sekarang dah ok..

     Cakap pasal askar pulak, semua kuat2 belaka.. tension paklah. bila berlawan mesti akan turun nyawa.. lepas tu kena makan ubat. dah la stok ubat terhad ja. ish3.. takpa2, nanti paklah akan berlatih lagi. kalau depa kuat, takkan paklah tak boleh kuat kot.. betul tak? haha.. lagi satu, misi2 dia semua susah..memang saja nak bagi orang yang main tension. :P

     Ok la, ni la sinopsis paklah buat masa ni. ada tambahan paklah akan tulis lagi.. sekian sahaja, babai.. salam.

No comments: