{ Paklah Jr.: Pak Ndak Sakit

Wednesday 30 November 2011

Pak Ndak Sakit


Sudah lama pak ndak paklah sakit.. ada yang kata sebab sakit tua ( umur pak ndak baru 50 lebih, dah tua ke tu? ), ada yang kata kena jangkitan kuman dan macam2 lagi la.. kalau tak silap paklah pak ndak mula sakit awal bulan 11 tahun 2011 ni kot. tak ingat sangat la.. tapi yang paklah tahu, kulit badan pak ndak jadi kekuning-kuningan..

Mula2 pak ndak tak mahu pergi hospital, tapi disebabkan keadaan fizikal pak ndak makin teruk jadi mak ndak terpaksa jugak hantar ke Hospital Bukit Mertajam.. lama2 di hospital tu keadaan pak ndak tak ada perubahan pun, jadi pak ndak dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya pulak. kasihan pak ndak..

Paklah teringin nak pergi ziarah dan sembang2 dengan pak ndak tapi disebabkan paklah ada masalah dengan MAK NDAK, jadi paklah cipta macam2 alasan bila ada orang ajak pergi ziarah pak ndak. paklah tahu, mak ndak sentiasa ada dengan pak ndak.. paklah malu dengan diri sendiri. sebab masalah yang paklah buat, orang lain yang terima kesannya. kejam kan paklah ni.. aduss.

Tapi takpa, paklah tekad akan pergi minta maaf jugak nanti dengan mak ndak.. paklah dah bersedia nak terus terang dengan mak ndak. ok2, berbalik kepada cerita pak ndak.. bila berita bahawa pak ndak masuk hospital sampai ke pengetahuan pak njang yang tinggal di Kuala Lumpur, pak njang dan keluarga terus balik rumah tok ( rumah yang paklah tinggal sekarang la ). so sekarang ni pak njang ada kat rumah.. paklah dah bincang masalah paklah dengan pak njang ( masalah pasal berhenti dari UiTM ).. memang kena berleter la kan. tapi semua tu untuk kebaikan paklah jugak. lega rasanya bila dapat berkongsi pendapat dengan pak njang sebab pak njang bekas pesyarah di Universiti Malaya.. huh huh.

Itu saja paklah rasa untuk masa terdekat ni, ada cerita baru paklah tak kan segan2 untuk kongsi nanti.. cuma selalu datang singgah ke blog paklah pun ok jugak.paklah hargai, walaupun hanya seminit dua..hehe. ok la, babai. salam..



No comments: