{ Paklah Jr.: Selamat Hari Raya Sembelih Lembu

Sunday, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Sembelih Lembu

Assalamualaikum..

Untuk hari raya haji kali ni, 6 / 11 / 11, paklah sambut kat rumah ja.. kalau paklah nak raya kat luar pun, tak ada hala tuju lansung. maksudnya tak ada tempat lain la untuk paklah pergi beraya selain dari rumah.. berbeza dengan masa paklah kecil2 dulu, tiap2 kali hari raya mesti pergi banyak tempat. lagi satu, emak paklah dah masak macam2 yang sedap ( ada 3 menu saja )


  1. Laksa Penang, emak masak dengan gandingan adik paklah.. memang sedap, wohhh~
  2. Nasi Impit berserta kuah kacang dan kuah sambal udang.. haa, yang ni lagi sedap, tambah2 yang kuah kacang tu.. mak yang buat sendiri. memang berselera gila.. :))
  3. Kek 90% coklat, ya Allah.. yang ni pun sedap. COKLAT tu.. ish3. dah la besar, sedap pulak tu.. sekarang ni dah tinggal 2/9 je lagi.. aduhh, memang sedap la. semua orang yang try kek tu mesti nak lagi. sampai la tinggal sikit je..hehe. ( opss lupa, kek ni mak tak masak tapi dapat dari pelanggan dia )

Itu la menu utama kat rumah paklah, laksa dan nasi impit ada banyak lagi.. kek saja tinggal sedikit. tapi dalam banyak2 kat atas tu, paklah nak komen sikit pasal sambal udang. pada awalnya sambal ni dimasak untuk makan dengan nasi impit, tapi lepas paklah try sendiri.. memang tak sesuai la. bukan apa, sambal tu tak melekat lansung dengan nasi impit.. macam mana la nak rasa sambal kalau macam tu kan? ish3..jadi, untuk dapat rasa yang betul2 punya, paklah makan la guna nasi putih. hehe.. memang sedap, adik paklah yang masak.

Akhir sekali paklah ingat nak cerita pasal sedara yang datang tidur kat rumah paklah, paklah panggil dia Pak Njang.. banyak yang paklah nak cerita pasal ayah sedara paklah ni tapi cukup la dulu. emak paklah kata :-
" Buat baik pada yang jahat pun dapat pahala, tak payah la berlakon baik tapi buat betul2 baik.. "
kalau sapa yang paham tu bagus la.. sapa yang tak paham tanya paklah ok? 

Sebelum lupa, dalam peti ais rumah paklah penuh dengan daging lembu sebab tok buat qurban dengan pak njang + pak tam. jenuh la nak makan daging lepas ni..hehe. ok la,sekian dulu cerita pasal Hari Raya Aidiladha paklah kali ni.. walaupun dah banyak kali sambut tapi ini post yang pertama dari paklah pasal Hari Raya Sembelih Lembu ni. hehe.. salam.

* sekarang ni paklah tak suka letak gambar la sebab kamera tak cantik pun, sape yang ada dslr tu untung la kan.. :(

 

1 comment:

Zulhaili said...
This comment has been removed by the author.