{ Paklah Jr.: Netbook Oh Netbook

Thursday 29 September 2011

Netbook Oh Netbook

Salam.. aku dah tinggal blog ni agak lama jugak. Sebab nak cari mood menulis dulu.. hahaha. Ok, sekarang ni aku nak cerita pasal first laptop aku. Actually, laptop aku tu bukan besar tapi yang kecik. Orang panggil netbook .. kalau yang besar notebook. hehe.. ok la, awal tahun ni netbook aku tu rosak..so aku cari la kedai yang boleh repair, cari punya cari jumpak la dekat dalam summit, BM..kedai cina,bila tanya pasal harga depa diam. tapi aku tau depa mesti cas mahal..malas arr. dah la masa tu aku tengah sengkek.. bila aku bagitau kat abang aku, dia kata abang kawan dia boleh repairkan. So aku pun suruh la abang aku pergi hantar cepat2.. jimat sikit kos perbaik netbook tu. Hehe..
            Dua minggu lepas tu, tadak berita pun pasal netbook aku.. aku ni pulak makin risau. Aku suruh abang aku pi tengok dia dah siapkan ke belum, tengok2 tak siap lagi sebab tadak CD nak restore dan format balik netbook tu. Salah aku jugak sebab tak bagi sekali.. Bila dah bagi dia kata tak boleh bubuh dalam netbook tu sebab netbook kan kecik, mana ada tempat nak masukkan CD. Aku jadi lagi sedih.. aku suruh la mamat tu buat apa yang patut. Dia kata “Ok, takde hal la...” ..
            Lima bulan berlalu, aku pun dah hampir lupa pasal netbook tu sebab aku dah beli laptop baru. Haa, kali ni memang yang besar punya.. atau nama panggilan lain ‘notebook’. Aku survey laptop ni dalam anggaran dua bulan jugak la.. pastu bila duit pt dah kuar terus aku pi beli. Alhamdulillah.. aku puas hati dengan pilihan aku ni. Boleh pakai lama.. spesifikasi yang agak lengkap. sesuai untuk main game2 yang adventure macam Assassins Creed Brotherhood dan banyak lagi.. urusan kerja pun lancar. Syukur sangat2..
            Ok, bercakap pasal netbook yang aku hampir lupa tu. baru2 ni aku teringat balik pasal netbook tu dan suruh abang aku pergi ambil balik.. aku fikir netbook tu dah ok tapi jadi sebaliknya. Keadaan dia sama ja macam mula2 abang aku pergi hantar kat mamat tu.. sebak hati aku tengok netbook aku tak baik2. Bukan apa, netbook tu elok lagi tapi ada system error, file not found la.. mungkin lepas format masalah tu akan selesai tapi masalahnya aku tak boleh masukkan CD dalam netbook tu. Hurmm..
 Salah satu cara yang aku boleh buat ialah dengan beli pemain CD berasingan.. benda ni kat semua kedai komputer pun ada tapi masalahnya harga dia tu agak mahal la. Cara kedua aku pergi hantar kat kawan jiran aku, tukang repair laptop. Tapi setahu aku dia repair laptop ja, netbook tak tau la pulak.. macam mana ek? Pening2.. haa, lagi satu.. kalau hantar kat dia kena cas lebih. Besa la kan orang melayu berniaga..cas tinggi tapi buat keja halai balai ja. Jiran aku cadangkan dia sebab dia buat kerja ok, aku tengok tak ok pun.. entah la. Kalau aku silap minta maaf banyak2 ek.. hehehe.
Sekarang ni netbook tu dah ada dalam simpanan aku tapi tak pi pebaik lagi sebab tak dak sumber kewangan lansung. Insyaallah aku akan usaha pebaik dia dalam masa terdekat.. abang aku pun kedekut tak mau share duit lansung. Yang dia tau bila guna laptop aku, buat macam harta sendiri.. b****** betol. Hahaha.. sebelum lupa, kalau aku dah pebaik netbook tu senang la sikit nak tulis cerita sebab dia ringan dan button keypad dia lembut. hehe..ok la, setakat ni saja cerita dari aku pasal ‘netbook oh netbook’ ni ..sekian wasalam~

Netbook yang sakit..


Laptop terkini..




No comments: