{ Paklah Jr.: Aktiviti Menghilangkan Suara

Saturday, 1 October 2011

Aktiviti Menghilangkan Suara

       Assalamualaikum .. cerita ni masih fresh lagi sebab aku baru lalui tadi (pukul 10.30 p.m sampai pukul 3.30 a.m) . so ini la first time aku post cerita yang masih fresh, so excited ! hehehe..

       Ok camni, hari ni besday my sweetie, so dia ajak aku pergi rumah dia di mengkuang sebab dia ada buat makan2 sikit. lepas tolong emak aku di kedai, aku pergi la rumah dia, masa tu dalam pukul 10.30 malam juga la. agak lewat tapi dia kata datang la sebab orang yang ada kat rumah dia pun ramai lagi. bila dah sampai, dia jamu aku nasi goreng, satay, sotong bakar, dan air. alhamdulillah, kenyang perut aku.. hehe.

       Lepas habis makan semua, aku duduk sembang dulu dengan kawan2 yang ada.. kebanyakannya junior aku. tengah rancak dok bersembang, kak sweetie aku ajak pergi KARAOKE, aku terkejut gak. sebab dah malam kan, aku fikir balik, "hampa tak mengantuk ka? dasyat2.." . pastu lepas kul 12.30 a.m kami pun bertolak pi tempat karaoke kat area Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.(bertolak lambat sebab nak tunggu abang ki balik dulu, abang ki ni abang ipar kepada sweetie aku)..ok2, dah sampai abang ki terus book satu bilik untuk kami semua. semua sekali yang pergi 10 orang, 5 lelaki 5 perempuan.. 

         Masa dok dengar depa kusyuk menyanyi, aku pun pilih la lagu yang aku berkenan.. Aizat - Kau Aku. lagu ni memang tak pernah miss la kalau aku pergi karaoke mana2 tempat pun. hahaha.. bila time aku sampai, aku nyanyi memang feeling gila.. tak tau la nak kata cam mana, agak teruk la.. tapi, no komen okeh.. erm, second choice aku lagu Hijau Daun - Suaraku Berharap , lagu lama kan, tapi bagi aku best, so aku hantam je la.. kami duduk kat situ sampai pukul 3.00 a.m jugak la. ( 2 jam menyanyi, hahaha.. ). pastu habis kami terus balik, tapi masa balik tu memang rasa gila tekak sakit. nak cakap pun tak keluar suara.. hahaha. memang enjoy gila, walaupun mengantuk tapi masih enjoy.  :D

*sorry la takde gambar sebagai sumber tambahan, kalau ada nanti aku up-to-date ek. teruskan membaca story dalam blog aku dan happy2 selalu ! 

2 comments: