{ Paklah Jr.: Kekasih Hati | Episod I

Sunday, 9 October 2011

Kekasih Hati | Episod I

Assalamualaikum..

Hari ni hari ahad, 9 Oktober 2011.. aku nak story something. ni pasal kisah cinta aku kat sekolah menengah dulu sampai la sekarang. tujuan aku tulis story ni sebab nak memudahkan aku gak kalau ada sapa2 yang tanya pasal kisah cinta aku, aku suruh baca entri ni je la. hehe..

Sebelum aku mulakan dengan cinta pertama aku, aku nak bagitau sikit, sebelum cinta pertama ni ada lagi perempuan lain yang kapel dengan aku tapi sekejap saja sebab dia duduk Selangor. jauh tu.. jadi kami berhubung guna mesej je la.. tak serius pun pastu lama2 putus dan hilang macam tu ja. hmm.. biar je la. 

Bila dah masuk tingkatan 4 (tahun 2008) di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang, aku aktif pergi 'camping', kebanyakan surat yang datang kat sekolah aku suruh hantar pelajar sebagai wakil majoriti dapat kat aku (aku la yang jadi wakil pelajar tu.. hehe). dalam banyak2 kem yang aku pergi, kem dekat langkawi (kem ni nama dia Pertandingan Roket Air Peringkat Kebangsaan), kem dekat langkawi ni la yang mengubah status bujang aku. pada malam pertama kat kem tu, aku mesej dengan 'dia'.. 'dia' ni budak kelas aku merangkap kawan baik aku pada masa tu. tengah dok kusyuk mesej, tiba2 dia bagitau yang dia suka aku.. aku agak terkejut masa tu, dia tanya terima dia tak jadi awek aku.. pastu aku fikir balik, aku kata kat dia.. tunggu aku balik dari kem dulu baru aku bagi jawapan. dia setuju dalam nada yang sedih (aku rasa la).. hurm.

Lepas habis ja kem tu, aku terus mesej dia.. aku kata aku setuju. bukan main seronok lagi minah tu. haha.. lepas dah terima ni, kami jadi semakin renggang.. mana tak nya, budak kelas asyik dok 'paku' ja.. malas la aku. aku sembang dengan dia pun kalau penting ja.. hubungan kami ni bertahan sampai 8 bulan. macam2 yang jadi dalam masa 8 bulan tu.. pergi lawatan ke KL la, raya la, jamuan raya kat sekolah la, dan lain2 lagi. minta maaf la aku tak ingat semua sebab dah 3 tahun benda ni jadi.. kalau aku ingat nanti aku akan update entri ni insyaallah. bila masuk tahun 2009, masa ni aku tingkatan 5.. kalau tak silap dalam bulan 3 kot, masa tu cuti penggal pertama.. aku berkenalan dengan sorang minah ni, dia junior aku sebab masa tu dia baru tingkatan 2 ja. kami kenal sebab adik angkat aku la.. aku nak anggap junior ni sebagai 'N' boleh tak? sebab, 'N' ni ada kaitan dengan episod II nanti.. hehe. menarik kan cerita aku.. keh3.

Baiklah, disebabkan aku rapat sangat dengan 'N' ni, awek aku marah la.. perkara ni jadi lagi teruk bila handset 'N' kena rampas, ye la kan.. kami semua duduk asrama mana boleh bawak handset. alasan 'N' bawak handset sebab nak mesej dengan aku.. wow, macam best je kan. tapi apa boleh buat, kena rampas la pulak. bila pengawas asrama baca mesej dalam handset tu, habis bocor semua rahsia.. nak dipendekkan cerita, aku agak intim la dengan 'N' sebab awek aku macam 'jauh' ja dari aku. so aku bagitau la macam2 yang jadi kat aku dekat 'N'.. dah kena rampas, pengawas asrama terus bagitau kat awek aku.. apa lagi, malam tu jugak dia minta putus. aku dengan hati sayu + sedih terpaksa la terima. pedih hati aku.. isk3.. tapi, malam tu jugak aku tekad nak sambung status 'kekasih' aku.. macam mana aku buat? haa, tunggu episod II ek.. jeng,jeng,jeng..  :D


* 'dia' dalam entri ni ialah Nur Liyana bt Yaakob, aku tadak gambar dia.. kalau pembaca nak kenal, boleh inbox dekat facebook aku.. nanti aku tunjukkan yang mana satu.

4 comments:

Azyan said...

semoga last long dengan kak Liyana tuu.Hihi :D

paklah Jr. (=_=) said...

Eh2.. dia ex paklah la. hehe.. :)

sarah hanafiah said...

kenapa susah nak komen ?

paklah Jr. (=_=) said...

kat sini senang la.. tapi kalau kat home susah nak cari. hurmm.. aku pn dh konfius ni.