{ Paklah Jr.: Abang Minta Maaf Adik

Tuesday, 4 October 2011

Abang Minta Maaf Adik

Assalamualaikum.. hari ni aku dah buat silap besar la. aku dah janji nak pos bungkusan adik aku kepada kawan dia yang duduk dekat Sarawak. tapi aku 'oversleep' pulak.. lepas sembahyang Subuh, aku tak tidur sampai la pukul 11 pagi.. tapi lepas pukul 11 pagi aku rasa mengantuk sangat so aku tidur la.. aku dah niat nak bangun balik dalam lingkungan pukul 1 ptg, TAPI, aku terlajak tidur la.. pukul 3.30 ptg baru aku bangun. memang elok sangat la kan. mak aku pun dah keluar masa tu, so tadak kenderaan la untuk aku naik nak pi pejabat pos. aku tak tahu nak jawab apa dengan adik aku.. dah la aku janji nak hantar dari semalam lagi (Isnin), tapi hari ni (Selasa) pun aku tak hantar jugak, aku yakin dia akan kecewa, 100% sure! . sesungguhnya apa yang terjadi hari ni semuanya adalah ketentuan dari Allah, aku kena terima seadanya. aku yakin dengan ayat al-Quran yang berbunyi :

"wama karu wama karallah, wallah huqairul ma kirin"
Maksudnya : kita merancang, Allah pun merancang, tetapi sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.. 

     Dengan ayat kat atas ni, aku yakin dengan setiap benda yang jadi kat sekitar aku. lepas balik dari sekolah, adik aku tanya dah pos ke belum, aku jawab belum lagi, apa lagi, masam la muka dia, sedih aku tengok dia buat muka macam tu, sampai sekarang dia tak cakap dengan aku, merajuk kot, hurm.. insyaallah aku akan pos bungkusan tu esok ( Rabu ).. aku dah berniat macam tu. semoga Allah memberkati niat dan usaha aku.. amin. ni kata-kata aku kepada adik aku, aku tahu dia merajuk lagi.. ABANG MINTA MAAF ADIK~ ..... sekian.


* atas ni la bungkusan yang aku lambat hantar tu, Insyaallah aku akan pos esok. amin..

5 comments:

qaseyhieda said...

hmm , make sure esok dah pos . jasa anda amat dihargai . TQ ..

paklah superb :) said...

baik la sayang.. <3

qaseyhieda said...

tenkiu ! <3

Mimi Marilyn said...

baguslah poskan ..hehe

paklah Jr. (=_=) said...

sapa la tak sayang adik sendiri kan.. hehe.