{ Paklah Jr.: Apa Beza Nasi Lemak Yang Sedap dan Yang Kurang Sedap?

Saturday 1 October 2011

Apa Beza Nasi Lemak Yang Sedap dan Yang Kurang Sedap?

Assalamualaikum.. 

Hari ni aku nak buat perbandingan sikit pasal nasi lemak yang sedap dan yang kurang / tak sedap .. aku pun tak tahu la idea ni datang dari mana tapi tak kesah la kan. alang2 dah tulis baik aku habiskan terus. betul tak? haha.. ok, kat bawah ni aku senaraikan beberapa perbezaan yang ketara dan jelas kita semua boleh tengok antara dua jenis tahap kesedapan nasi lemak ni.

  1. Nasi lemak yang sedap ada SAMBAL YANG BANYAK, yang kurang sedap pulak SAMBAL SIKIT GILER. memang dah terbukti kan.. penjual nasi lemak, bila tahu sambal dia sedap mesti la dia bagi lebih kan, yang tahu sambal dia tak sedap sebab tu la dia bagi sikit. hahaha.. selalunya penjual yang bagi sambal sikit tu dia fikir nak untung ja, bukan fikir perut pembeli pun. dunia2..
  2. Nasi lemak yang sedap ada NASI YANG BANYAK, yang kurang sedap tu ada NASI SIKIT ja. hampa semua perasan dak? kalau tak perasan tu memang teruk sangat la. haa, ada lagi.. nasi lemak yang sedap nasi dia lembut dan wangi tapi yang tak sedap tu nasi dia keras dan kering. ni nak bagi orang makan ke nak bagi orang tercekik? ish3...
  3. Nasi lemak yang sedap bila makan SEBUNGKUS PUN DAH KENYANG. yang tak sedap tu makan DUA BUNGKUS PUN BELUM TENTU KENYANG. nak tahu kenapa? sebabnya ada dalam no 1. dan no 2. kat atas tu.. nasi lemak yang sedap ada sambal yang sedap, nasi yang banyak tapi yang tak sedap tu nasi dah la sikit, sambal lak cam hampeh.. orang yang buat tu mesti fikir duit yang masuk ja. teruk kan? apa la punya bisnes.. macam mana la nak maju kalau tak dapat sokongan dari pembeli.. fikir2kan la yer.
  4. Bila kita baca balik perbezaan kat atas tu, kalau yang sedap tu semua bagus2 je kan? tapi sebenarnya nasi lemak yang sedap pun ada kekurangan gak.. apa pulak kekurangan dia nih? haa, kalau hampa nak tahu, kekurangan nasi lemak yang sedap dia TAK BOLEH TAHAN LAMA..kalau biar sampai petang dah mula berbau, nasi mula melekit. semua ni jadi disebabkan nasi yang fresh dan kuah yang banyak..cuba kita masak nasi putih. pastu kita masukkan air lebih dari sukatan, apa yang jadi kalau kita biar sampai keesokan hari? nasi tu basi kan? ha, benda yang sama pun jadi jugak dekat nasi lemak yang sedap.. sebab tu la, bila aku beli nasi lemak aku terus makan..(mesti la yang aku beli ni sedap punya..hehe) . opss,rasa macam lupa something ja, err kalau yang tak sedap pulak macam mana ek? mesti la TAHAN LAMA kan. 100% sure kot, beli pagi hari Isnin boleh tahan sampai pagi hari Selasa, memang dah buat eksperiment pun. dasyat kan? semua ni jadi sebab sambal yang sikit dan nasi yang kering la..kalau tak caya boleh try sendiri.. hahaha.
*dalam baik tu mesti ada yang buruk jugak kan.. semua benda tak sempurna termasuk la aku ni. hehe.. terima kasih ek sebab sudi baca. kalau ada komen silakan la..

    No comments: