{ Paklah Jr.: Bila Dah Berpunya

Sunday, 2 October 2011

Bila Dah Berpunya

Assalamualaikum..  hari ni mood aku kurang baik sikit, sebab sorang budak perempuan ni la. kalau diikutkan dulu masa aku single apa saja yang aku nak buat mesti boleh, sapa pun tak halang. nak kawan dengan perempuan mana pun boleh, tapi sekarang tak lagi.. aku asyik kena sekat la. sedih aku, nak berkenalan je pun.. bukan lebih, yang lebih tu belakang kira la. tapi masalahnya dia kongkong aku.. ah, sakit jiwa la. aku ni dah la innocent, ala-ala budak skema la jugak.. nak buat apa pun kena dengar cakap orang lain dulu. macam takde hala tuju sendiri je kan, tapi apakan daya.. memang aku macam tu pun.

     Sekarang ni aku dah mula rancak cari kawan baru, sebab aku bukan jenis suka sembang sangat pun. so bila ada kekangan dari si dia, aku jadi lemah..tension aku. rasa macam nak letak jer gambar dia dalam post ni, biar sapa yang baca ni boleh komen puas-puas.. aku nak kebebasan aku gak. lagipun aku bukan suami dia lagi, lagi 5 tahun pun belum tentu lagi kan.. hurm.. kalau dia baca ni memang kena la aku, tapi hakikatnya aku lagi besar dari dia kot. beza umur 3 tahun.. agak ketara kan? tapi itu la, aku ni skema sangat.. ikut je semua arahan dia. ni tak boleh, tu tak boleh, macam2 tak boleh.. pening aku.

     Nak dijadikan cerita, semalam aku dapat sorang adik angkat baru.. orang Johor tapi menetap di Singapura. tahun ni dia SPM..aku musykil, macam mana la dia boleh jumpak aku ek? haha, takpe la.. kita lupakan dulu pasal tu. kalau tengok muka dia sekali imbas macam ambil gambar dari google image ja, tapi bila imbas kali kedua aku yang silap.. muka dia ada seiras artis la. 100% comel kot! (teruja gila aku..hahaha) ,tapi dia hide semua pic dia sebab boyfriend dia suruh.. aku dah bagitau kat awek aku pasal adik angkat ni, ape lagi.. panas la minah tu. aku diam je la.. dalam hati aku, " biar la aku nak buat apa pun kan, asalkan aku bahagia, hang pun bahagia, sebab aku tadak sikit pun niat nak curang..hmm." .. apa pendapat pembaca? cara aku betul ke or cara awek aku yang betul? aku pun dah pening ni.. SEKIAN.

6 comments:

sarah hanafiah said...

haha watlek cukup .kalau dia kongkong do the same thing laa ^^

paklah superb :) said...

ishh.. x boleh der, dia tak buat benda yang sama kat aku pun. so aku tadak sebab nak kongkong dia.. hurm.

sarah hanafiah said...

lol .tak paham .

qaseyhieda said...

dia bukan sapa2 nak kongkong hidup kita , melainkan kalo kongkongan dia tuh untuk kebaikan kita . right ? ;)

paklah superb :) said...

yela.. tapi aku tak suka.

stdec said...

cerai talak 3 jaaa!! hahaha
suh dy ngadap buku dr ngadap mukabuku ang tiap2 ari!!
spm taun dpn!

err..sapa aku ni nk komen nih? ang carik la sndri paklah,hehe :P

#only joke,dont take it serious~