{ Paklah Jr.: Hot Ticket

Saturday 15 October 2011

Hot Ticket


Hai semua, korang tahu tak apa itu 'Hot Ticket' ? bagi pengguna hotlink, mesti korang tahu pasal hot ticket ni.. tapi paklah yakin, selain dari pengguna hotlink, pengguna talian lain pun mesti tahu jugak sebab ia benda umum. baiklah, pagi ni paklah nak story sikit pasal hot ticket yang paklah guna hampir 3 bulan (baru je lagi kan).

Masa kita semua berpuasa dalam bulan 8 yang lepas, paklah baru mula melanggan hot ticket ni sebab bagi paklah, ia menjimatkan wang dan lebih efisyien. mana tak nya, kalau dah habis kita guna mesej, panggilan masih ada. kalau sebelum ni, habis kredit, habis la mesej dan panggilan.

Bila paklah ada duit sikit paklah beli la hot ticket yang 10 ringgit punya..bila pokai paklah beli yang 5 ringgit saja.tapi masa bulan puasa hot ticket yang dijual dalam versi raya. tak berapa best sangat..tapi bila dah habis raya, hot ticket tukar jadi versi bola pulak.

Untuk versi bola ni, paklah memang suka sangat sebab dia ada hadiah percuma! paklah tak berapa minat bola sangat tapi paklah lebih minat hadiah percuma tu.hehe.. setiap kali paklah beli hot ticket, jurujual akan suruh paklah gores segera bahagian hadiah percuma tu. setakat ni dah 3 kali paklah beli hot ticket versi bola dan 3 hadiah yang paklah dapat :
1) Plastik serba guna
2) Hot Ticket Bonus (tak best sebab ada 15 mesej sahaja)
3) Beg kasut

Antara semua hadiah yang paklah dapat, paklah lebih suka dengan beg kasut sebab memang idaman paklah dari dulu lagi nak beli beg kasut tapi tak mampu. isk3.. tapi sekarang dah ada. terima kasih Hotlink! hehe.. untuk bagi lagi jelas pasal hot ticket dengan hadiah2 ni, paklah letakkan gambar di bawah..

 - HOT TICKET -


Masa bulan puasa, paklah bukan ada duit sangat.. so boleh beli 5 ringgit je la.

Lepas raya, paklah dah pandai cari duit bonus dengan tolong mak.. boleh la beli yang 10 ringgit punya. hehe..

- HADIAH PERCUMA -

Beg Plastik serbaguna (sebelum)

Plastik Serbaguna (selepas)

Beg Kasut.. feveret paklah! cantik tak? hehe..



* Gambar hot ticket bonus tak ada sebab paklah dah buang..
* Sori la sebab gambar agak kabur, almaklum la handset murah. hehe..
* Sebelum terlupa, paklah nak rekemen korang baca entri terbaru dekat blog budak2 nakal kat bawah ni :


- Jangan lupa komen lepas baca -

sekian~






3 comments:

Unknown said...

wah bestnye dapat kasut bola tu..dulu beli jugak hot tiket..tp sekarang dh x beli..huhu

p/s: bagus la rajin promote blog org~

Tropical Ice Cream said...

perghh barang baikk tuu :D

Paklah Jr. said...

kak syaz : takkan nak promote blog sendiri je kot.. ramai yang tolong paklah sebelum ni. so paklah tolong la diorang balik.. :D

sarah : ang nak ka? aku boleh bagi yang plastik serbaguna tu.. hehe.