{ Paklah Jr.: The Truth

Monday 28 November 2011

The Truth


     Baiklah, disebabkan paklah dah lama pendam rahsia ni. jadi paklah nak bagitau sekarang la. malas la nak cakap berlapik-lapik ni. sampai bila kan..rahsia ni paklah dah simpan sebelum final exam lagi ( masa di dalam UiTM ).hanya mak, tok, mak ndak, adik, abang dan sapa2 yang paklah dah bagitau ja yang tahu..

     Paklah akan cerita punca rahsia ni dan cara paklah atasinya. mula2, paklah nak cerita dulu punca2 yang tak masuk akal ( bagi yang tak boleh terima apa yang paklah nak tulis la ).. semua ni bermula dalam bulan 9 tahun ini. masa ni paklah dalam semester 3.. sepatutnya sem 3 ni sama je la macam sem 2 kan. tapi jadi sebaliknya pulak.

     Masa sem 2, paklah ulang alik pergi uitm naik motor modenas kristar kepunyaan mak. situasi masa tu elok ja sebab abang paklah pergi kerja naik van kilang.. dia keluar pukul 6 pagi dan balik pukul 7 petang. tapi bila paklah masuk sem 3, abang paklah tukar tempat kerja. bila dah tukar, tak ada lagi la van kilang yang nak ambil-hantar dia kan.. so mak la yang kena hantar. bila terpaksa, abang akan tumpang mana2 kenalan yang tinggal dekat dengan rumah kami. sampai satu ketika, abang guna jugak perkhidmatan van.

     Keadaan mula jadi kelam kabut bila abang nak guna motor untuk pergi kerja.. asalnya motor ada dua, emak naik satu dan paklah naik lagi satu untuk pergi uitm. bila abang dah naik satu, paklah tak boleh la nak naik motor. jadi tak boleh la nak pergi kuliah. bila dah banyak kali jadi macam tu, paklah dah biasa.

     Paklah mula sedar, apa masa depan yang paklah boleh dapat kalau paklah teruskan belajar kat uitm tu? fikir punyalah fikir sampai satu hari paklah dapat idea, paklah akan berhenti belajar dari uitm dan sambung belajar kat tempat lain. kenapa? sebab kos kimia yang paklah ambil dah la susah, lepas tu wajib sambung ijazah baru ada jaminan kerja. rasa macam merapu je kan idea ni tapi itu la hakikatnya..silap paklah jugak sebab sedar lambat. memang dari sekolah menengah lagi paklah tak mahir dengan subjek kimia..bila masuk universiti ambil kos kimia pulak. memang tak boleh pergi jauh la kan..

     Jadi sekarang paklah dah keluar dari uitm, paklah tak ambil pun final exam yang sepatutnya wajib untuk semua pelajar uitm..result paklah pun tak boleh tengok sebab paklah tak isi borang penilaian apa ntah. paklah dah tak ambil kisah pasal semua tu. sekarang ni paklah fokus untuk masuk ke tempat belajar baru ja. ramai orang masih fikir paklah tengah belajar kat uitm padahal paklah tengah cuti kat rumah, bila ada orang tanya tu, paklah terpaksa menipu je la.hmm..

     Memang berdosa sangat2 bila terpaksa menipu ni, tapi apakan daya.. dah terpaksa. bukan paklah rancang pun nak jadi macam ni.. tidak masa awalnya nak jujur dengan semua orang. tapi bila semua orang pakat tanya pasal uitm ja, tenggelam dah niat untuk jujur tu. astaghfirullahal azim.. kepada sesiapa sahaja yang paklah menipu tu paklah mohon maaf sangat2. kalau yang tak baca blog paklah ni pulak, paklah akan cakap terus terang dari masa ke semasa. insyaallah..

     Selepas keluar dari uitm, paklah dapat maklumat dari adik. memang menarik apa yang paklah dengar masa tu. dia bagitau boyfriend dia nak sambung belajar di Akademi Binaan Malaysia ( ABM ) bila dah graduate sebab sijil kemahiran dari ABM memang laku ( berguna sangat2 ) bila hendak minta kerja. lagipun sekarang ni siapa yang keluar dari universiti belum tentu ada pekerjaan tetap.betul tak? ( boyfriend adik masih belajar di universiti Petronas ).

     Jadi cara penyelesaian masalah ni adalah paklah akan belajar di dalam ABM Wilayah Utara yang berada di Sintok, Kedah. paklah amik kos 'Architechural Drafting' , lukis pelan rumah..sekarang paklah tengah cuti lagi, dan insyaallah paklah akan mula sambung belajar lagi kat ABM tu. akademi ni lebih kurang ja macam Institusi Kemahiran Bina Negara ( IKBN )..cuma apa yang bezanya ABM di bawah naungan dan tajaan CIDB ( Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ) manakala IKBN di bawah naungan dan tajaan dari MARA. 







     Semoga niat paklah untuk sambung belajar termakbul dan tiada sebarang masalah.. sebelum paklah lupa, bukan semua orang tak sokong keputusan paklah ni, ada jugak yang sokong terutama sekali kawan2 mak dan Tok Tam. paklah bersyukur sebab ada jugak orang yang paham niat paklah ni.. terima kasih banyak2 tau. 

     Sekian saja rahsia dari paklah.. jika ada apa2 nak tanya jangan lupa komen. babai.. salam.     

     

2 comments:

My territory said...

hmmm, goodluck paklah, in everything you do. :)

Paklah Jr. said...

thanks kak husna..
kak husna pun gud luck jugak.. untuk apa saja. :)