{ Paklah Jr.: Tahun Baru = Masalah Baru

Tuesday, 31 January 2012

Tahun Baru = Masalah Baru

ASSALAMUALAIKUM

disebabkan aku boring sangat, jadi aku luahkan jugak apa yang tersarang dalam kepala hotak aku sekarang ni..

rancangan untuk sambung belajar ke ABM terpaksa aku tunda sebab takdak kemasukan baru sampai lepas bulan 3 ( atau 4, atau 5, atau 6 ). hmm.. sabar je la.

mak aku suruh masuk belajar dekat Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan, sebab ada tajaan dari kerajaan negeri pulau pinang. kursus yang aku kena ambik tu berkaitan dengan industri penerbangan.. sapa yang nak jadi pramugara, pilot atau staf-staf lain yang ada kaitan boleh la masuk kolej ni. kena bayar RM500 untuk jangka masa setahun.. biar betul? itu la hakikat..nak tahu lebih lanjut tekan laman web kat bawah ni..


kalau ikutkan hati, aku takmau masuk kolej tu sebab aku nak belajar drafting dekat ABM.. tapi disebabkan takdak kemasukan baru tu la aku terpaksa buat pelan lain : ikut cakap emak aku. 

idea suruh masuk ke kolej ni datang dari kawan mak aku, Makcik Midah. dia dapat maklumat dari mana ntah.. mak aku percaya terus suruh aku pergi belajar kat situ.

sebelum muncul pasal kolej ni, aku dah rancang nak kerja sambilan sementara nak masuk ke ABM. aku teringin nak kerja kilang ni perai tapi mak aku bangkang. mak aku tak bagi sebab tak sesuai dengan aku.. kenapa pulak? sebab mak aku kata tahap akademik aku elok sangat. adoyai, ada kaitan ka? aku ikut je la..

insyaallah aku akan pergi mendaftar ke kolej tu 8 / 2 / 2012 nanti.. kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat aku akan terus pergi mohon jadi promoter dekat dalam jusco, or The Store sebelah Megamall tu. kemasukan ke kolej tu terhad.. bukan senang nak belajar hanya RM 500 untuk setahun ni. kerajaan support pulak tu.. 

tok aku pun dah mula bising2.. dah la dia kena keluarkan duit untuk motor baru aku. pastu aku dok saja pulak dalam rumah.. memang patut pun dia bising kan. eh2, motor baru? yup, aku ada motor baru.. nak tahu tunggu entri aku lepas ni.

ini saja kot.. maklumat pasal motor aku akan menyusul lepas ni. sekian..

2 comments:

SH said...

pakcik lama menyepi ?lupa aku dahhhh XD

Paklah Jr. said...

minta maap la..aku tengah huru hara skank ni. hahaha..
masalah utama skang ni : duit.. tension betoi la. :( :( :(