Akhirnya...
Alhamdulillah, akhirnya CD game yang paklah tunggu2 selama ni dah ada di tangan paklah..sepatutnya paklah nak beli cd tu kat Summit, Bukit Mertajam tapi kedai cd tu tutup pulak. jadi dengan tabah dan tekad hati paklah pun pecut motor modenas kristar kepunyaan mak pergi Megamall, Perai. tak jauh mana pun, dalam 15 minit macam tu sampai la..mungkin kurang. hehe..
Bila sampai kat Megamall, paklah parking motor pastu terus pergi ke kedai cd game. bila tanya memang ada.. seronok sangat2! hahaha.. asalnya paklah bajet cd tu harga RM 30 sebab baru lagi kan. tapi rupa-rupanya RM 20 sahaja. jimat RM 10.. keh3.
Paklah lupa, masa di Summit tu paklah ada withdraw RM 20.. lepas sudah, ada dua orang mamat Nepal minta tolong paklah withdraw untuk depa pulak.. tapi password dia masukkan sendiri la. dah siap semua depa sungguh2 cakap "Thank You" kat paklah.. haha. rasa macam lawak pulak mamat2 Nepal tu dengan sengih2 lagi. berbekalkan RM 20 extra tu paklah pun beli selipar baru yang berharga RM 14 dalam Megamall. pastu paklah beli lagi dua jenis cd game.. keluar lagi RM 20. memang boros kan paklah ni..
Bila dah keluar dari Megamall, tak pasal2 tekak paklah minta dibasuh.. so paklah beli la air ' Kichikapo '. ada orang kata air ni adik-beradik arak tapi bagi paklah ok ja. harga runcit RM 2.20 tapi yang bestnya paklah beli kat luar Megamall tu harga dia RM 2.80.. mak aih! mahal siot! tapi dah dahaga sangat kan, paklah beli je la ( alang2 ada duit tu biar perabis terus, senang cerita.. haha ), tambahan pulak matahari dah terpacak je atas kepala. jam kat tangan pun tunjuk pukul 12 p.m.. apa lagi. paklah jadi mat rempit la masa ondaway balik sampai la ke rumah.. hahaha.
Sekian sahaja 'report' paklah buat masa ni, semua maklumat yang paklah story kat atas tu masih fresh lagi tau tak.. sekarang paklah nak MAIN GAME SAMPAI PENING. hahaha.. kat bawah ni paklah letak gambar cd yang paklah idamkan tu. ok la, babai..
Harga asal RM 24 tapi paklah dapat diskaun 4 ringgit.. best kan? hehe.. :))
2 comments:
mahal...boleh copy...hehehe..juki
tak kisah la, janji boleh beli.. hahaha.
Post a Comment