{ Paklah Jr.: Cerita Sedih?

Thursday, 29 September 2011

Cerita Sedih?

Hai semua.. sebelum terlupa, aku nak gitau sikit.. cerita-cerita yang aku tulis dan post dalam blog ni kebanyakannya memori lama aku. So jangan pening2 pulak ek.. aku bukan apa, baru buat blog kan.. aku tulis ni pun sebab takmau bagi memori lama hilang macam tu ja.
                Oke2, kali ni aku nak imbas kembali memori hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-19, iaitu pada 18 mei 2011 yang dah lalu. Kejadian ni jadi time cuti semester kedua aku.. dalam bulan mei jugak la. Disebabkan cuti yang agak panjang dan aku duduk melepak ja dalam rumah, aku ambil keputusan nak ikut mak ndak aku pergi KL sebab nak hantar Kak Hazirah, sepupu aku balik asrama. Kebetulan masa aku ikut depa pi KL, tok aku ikut sekali dan tarikh pun hampir2 ja dengan besday aku.
                Nak dipendekkan cerita, bila dah sampai sana.. kami tinggal dekat rumah flat yang mak ndak aku beli (tapi dua hari sebelum tu tidur dekat rumah pak njang aku dulu, area taman melawati, Gombak). Rumah yang mak ndak aku beli tu nak bagi sewa kat student ipta atau ipts yang terdekat.. jadi, sebelum nak bagi sewa mesti la kena cantik dulu kan. So mak ndak aku pun panggil la tukang rumah suruh perbaik apa yang patut.. tukang ni dipanggil sebab cadangan pak njang aku (untuk maklumat semua, pak njang aku ni orang lama dekat KL. Jadi pandai2 la dia nak cari tukang rumah kan.. hehe). Disebabkan aku duduk melepak ja, mak ndak aku suruh la aku PELAWA (bagi cantik) rumah dia. Hurm.. nak tak nak kena la buat kan sebab aku duduk free. Hahaha.. keja yang aku buat macam cat pintu grill dan cat kayu. Tak berapa ingat la sebab dah lama kan.. aku tulis pun sebab ingat sikit ja ni. Huhu..
                Pada hari rabu (18 / 5 / 2011), aku disuruh buat kerja lagi.. sedih aku. Aku dah bagitau hari tu harijadi aku tapi semua orang tak kisah pun, tok aku pun buat ‘derk’ ja, sepupu aku sibuk study, mak ndak aku pulak sibuk jahit tirai.. dari pagi sampai malam aku dok sedih ja, lepas maghrib aku tak sengaja menangis kot sebab sedih sangat2. Apa la nasib aku kan.. tadak sapa pun nak celebrate besday aku. Pastu keesokan hari lak, aku jadi bebal.. aku endah tak endah ja bila sembang dengan depa semua. Biar la aku sorang ja yang pendam rasa sedih tu.. tapi dalam pahit tu, ada juga manisnya.. sebab mak aku, Faridah bt Yahya dah hantar mesej untuk wish besday aku (sebelum pukul 12 tengah malam pulak tu). Alasan dia dah mengantuk dan tak larat nak tunggu sampai pukul 12. Hahaha.. macam2 la mak aku ni. Aku boleh senyum tawar ja masa tu.. sob3. Lepas tu kawan2 lama pulak wish.. terima kasih banyak2 tau.
                Kalau tak silap aku tinggal fesbuk seminggu kot, time besday aku pun aku tak on9 sebab dalam rumah mak ndak aku tu tadak internet. Almaklum la baru beli kan.. lepas sampai rumah (Kubang Semang, Pulau Pinang) masa hujung minggu tu, kalau tak silap hari sabtu petang.. aku terus on9. Ramai orang yang wish dalam fesbuk.. thanks semua. Aku just like je la sebab hati dah tawar kan.. hurm, sampai sekarang aku tak celebrate besday aku pun. Kalau ada sapa2 yang nak celebrate dengan aku tu boleh la.. celebrate bila2 pun tak pa kan. Kecik2 pun tak kesah..Hehe.. ok la, takat ni saja cerita agak sedih dari aku (sedih campur happy, taktau pasaipa.. haha).. nanti aku tulis cerita seronok pulak ek. Hehe.. k bye.


No comments: