ASSALAMUALAIKUM :D
Seperti yang dijanjikan, kali ni aku akan citer pasal motor 'baru' aku pulak.. so teruskan la membaca.
idea untuk membeli sebijik motor ni datangnya dari tok aku yang bernama Salmah bt Salleh.. dah berumur 83 tahun. pada hari Ahad bersamaan 8 Januari 2012 yang lepas, dia berleter kat aku. dia kata kenapa la aku berhenti belajar dari uitm dan macam2 lagi la. pastu tiba2 dia cakap dia dah simpan duit khas untuk aku belikan motor baru.. wow!
lepas kena berleter tu, aku terus tekad nak beli motor.. aku bincang dengan mak aku dan aku pun mulakan operasi pertama iaitu mencari motor. bukan susah pun nak cari motor ni, dalam internet belambak.. aku tak layan eBay sebab semak sangat. baru masuk laman web tu pun dah serabut. jadi aku pilih mudah.my . macam2 ada dekat laman web ni.. cari punya cari akhirnya aku jumpak jugak. ni gambar dia..
nasib baik aku sempat save dalam laptop sebab link ke laman web dia dah tak ada.. owner dia dah delete. kalau ikutkan banyak jugak motor honda ex5 yang aku survey tapi semua tak berkenan.. harga tak sesuai la. ada yang letak gambar cantik tapi bila tengok depan2 macam apa gi. dengan body goyang2 la.. teruk betul. ish3.. keesokan harinya iaitu hari Isnin, 9 Januari 2012 aku pun pergi jumpak owner motor ni. aku panggil Abang Azmi saja..umur 30 tahun, dah kawin tapi tak ada anak lagi.. isteri dia kecik2 ja, lagi kecik dari adik aku si Idah tu. hahaha..depa kerja di Kulim. rumah pulak dekat Seberang Jaya. pergi sekali balik pun sekali jugak.. senang kan.
masa nak jumpak tu aku kena tunggu lama jugak la.. yela kan, janji last minute. masa aku telefon abg azmi dia dengan isteri dia ada dekat Kepala Batas kot.. sanggup datang jumpak aku dekat seberang jaya tu. berkurun jugak la aku kena tunggu depa..haha. tapi aku tak kesah pun sebab barang baik kan. bila jumpak, sembang2 dulu, pastu aku minta nak test motor tu. bila naik memang okay.. tak ada masalah.
aku bagitau kat abg azmi yang aku setuju nak beli motor tu..dia pun ok ja.sebelum balik kami sembang2 dulu.. abg azmi bagitau yang motor tu dia beli untuk emak dia yang tinggal dekat Sungai Petani, Kedah. tapi emak dia tinggal dekat kawasan taman.. lagi satu, banyak kes kecurian.. jadi emak abg azmi suruh bawak balik motor tu dan parking dekat rumah dia di seberang jaya tu. parking saja tapi takdak orang naik pun..hahaha. memang best cerita abang azmi ni.
disebabkan abang azmi sibuk bekerja, jadi kami kena tangguh urusan jual beli motor tu sampai hari Khamis pulak, 12/01/2012. lawa kan tarikh ni.. hahaha. bila dah plan elok dan ada masa free, abg azmi terus pergi ambil emak dia di SP dan jumpak aku (masa ni emak aku ikut sekali, teman la sebab aku bukan reti sangat pun.. hehe) di JPJ Seberang Jaya. dah setel tukar nama pastu mak aku pun bayar dekat abang azmi RM 2100.. sepatutnya RM 2200 tapi disebabkan roadtax dan insurans dah lama mati, jadi aku pun dapat diskaun seratus untuk setelkan insuran dan roadtax tu. memang best la abg azmi ni.. :D
keluar dari JPJ aku terus follow abang azmi dan emaknya pi ambil motor.. pastu salam2 semua aku pun terus balik rumah. hehehe.. opss, aku lupa.. duit untuk beli motor ni adalah tajaan 100% dari tok aku. sempoi gila.. TERIMA KASIH TOK!!! :D
untuk makluman sapa2 yang baca cerita ni.. keadaan motor yang aku beli sekarang dengan dalam gambar tu tak sama. ada perubahan sikit2.. kalau tak silap aku raga dan cover rantai. kat bawah ni aku letak gambar motor honda ex5 aku yang sekarang. sekian..
* aku adalah owner yang ke-3 .. jadi motor ni bukan 2nd hand tapi 3rd hand.. gagagagaga!!!